Rumah ibadat Seremban

Islam

  • Masjid Jamek, Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1,000 orang jemaah. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir.
  • Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Perletakan batu asas telah dilakukan pada tahun 1990. Terdapat 2 fasa pembinaannya iaitu fasa 1 : pembinaan sebuah dewan besar, 2 buah dewan makan , 1 dewan theatherate, 10 bilik kuliah, sebuah bilik VIP dan sebuah bilik menunggu. Ia siap dan digunakan pada 1 April 1995. Fasa 2 : surau dan 2 buah blok asrama. Ia siap dan digunakan pada Mac 1998. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Pada 24 Jun 1999. Dan fasa 3: blok pentadbiran telah siap pada Disember 2004 dan mula digunakan pada Mac 2005.
  • Masjid Negeri Masjid Negeri terletak di Jalan Dato' Hamzah. Masjid ini dibina pada tahun 1966 dan boleh memuatkan jemaah seramai 3,000 orang dalam satu masa. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh kerajaan negeri. Ia telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 24 November 1967.
  • Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng Nama asal masjid ini ialah Masjid Jamek Ampangan, Seremban yang terletak di Jalan Jelebu. Masjid ini dibina pada tahun 1928 yang diasaskan oleh YM Dato' Kelana Putra Maamor bin Kasim, Undang Luak Sungai Ujong pada ketika itu. Selepas dibaik pulih pada tahun 1963, 1978 dan 1991, masjid itu kini boleh memuatkan lebih kurang 1,500 jemaah berbanding 300 jemaah sebelum dibaik pulih. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim.
  • Masjid Sikamat, Seremban[10]

Hindu

  • Kuil Sri Balathandayuthapani, Jalan Yam Tuan Kuil ini dibina pada 1819 dan telah diubahsuai pada tahun 2005. Kuil ini terletak hanya 2km dari Bandar Seremban . Ia menjadi tumpuan dikalangan masyarakat India di Seremban terutamanya ketika sambutan Thaipusam dan perayaan-perayaan lain.

Kristian

  • Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan

Buddha

  • Tokong Tong Tien Koon , Temiang
  • Tokong Liet Sing Koong, Jalan Kapitan Tam Yeong[11]